Daisypath Anniversary tickers
Unknown
A day that we spend time so.. so.. so.. happily~

Kata kak Adia..

Selamat Pagi Semua…..what a very happening and memorable memories in yesterday when we had go thru ….tgk wayang….shopping bersama kawan2…masuk lubuk ke highway latar…hahahaha….funny2….aku pas buka terus tidor lena…tak larat doh……

Kata Sis Wina..
Sweet lah adia.. me felt so too… happy sesangat!!! sibuk cerita kat G-ma expedisi pengembaraan geng notty but fabulous kita kat mama time berbuka. Like u said, syukur Allah bantu kita, if not wallahualam.. entah2 dah kena buang daerah dah! Ngeh, ngeh, ngeh! BUT no regrets, the lubuk to Latar was fun… janji yussy x terberanak… so cool ajer!!!!!

Adia, sy masih pegang ticket semalam and akan ingat forever “wina, inilah peluang awak tgk wayang dgn saya”..tp terlupa nk facebook tickets tu.. :p

So, today.. siapa nk tolong tripkan neigbourhood kita ni lagi…? boleh tgk Step Up pulak!

p/s: Mama kiterorg dh on the way pulang Ipoh now..urusan derma ke rumah anak yatim dia menunggu.. J

Kata Kak Yus..

Actually….saya tak rasa penat walupoun banyak jalan….tapi yang penting ader orang tuh beli starbucks semalam tanpa kasut….saya dok doa arinih n esok takde current….

Kata Mia..
Alhamdulillah..
Bang! Mesti abg happy kn? Tgok we all get back together again.. as before.. as you wish.. mia pn sgt amat happy..

Dear all my sister..
Thank you for giving back the star.. thank for sharing the joy and the laugh! Mia pn super happy smlm.. & will remember every single moment of it!

Maymay,
Hiash!! RUGInya u xde.. hehehe..

Law,
U dah terlepas 1chapter.. heheh.. next time maybe? Ngeee~~

Syahdu…. Sebak even super happy.. if arwah is around.. mesti die will be around too.. agaknya kita gi 2 kereta? Atau die akan duduk kt bonet again? Kalo mcm tuh, mmg panas punggung la.. sbb lama sgt kta sesat? Hahahah!

To ALL!!!,
THANK YOU very much for creating another love history to be remember and to remain.. I will appreciate it so much!

Love, Hugs+Kisses,
MiaAurora-d youngest^^


Unknown
SUSHI

Bahan-bahannya
3 1/3 cawan beras untuk membuat sushi, ada dijual dipasaraya (berasnya pendek dan putih)
4 cawan air
5 sudu besar + 1 sudu besar cuka beras atau cuka biasa pun boleh
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket rumpai laut nori
soya sauce dan wasabi secukupnya
tikar untuk menggulung sushi-maki
dulang plastic besar
senduk nasi plastik

* jangan menggunakan peralatan logam seperti senduk, atau periuk kerana ini akan menjejas rasa nasi sushi itu bila digaul dengan cuka


Inti untuk Sushi
1 batang timun, dikupas kulitnya, dibuat hatinya dan dipotong panjang (strips)
dan rendam dalam air bersama secubit garam, angkat dan toskan bila tiba masa untuk menggunakan
2 sudu besar halia jeruk merah (ada jual di pasaraya dalam botol yang telah dijerukkan)
1 paket kecil jeruk lobak putih (ada jual di pasaraya juga)
2 biji telur dipukul dengan sedikit gula dan didadar, kemudian potong panjang (strips)
crab filaments (alah isi ketam yang ciplak tu)
avocado
mayonnaise
tuna


Cara-caranya
Gunakan periuk nasi, cuci bersih beras dan kemudian isikan bersama sukatan air. Dan masak macam masak nasi biasa. Sambil nasi sushi masak, campurkan gula, garam dan cuka dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan periuk itu kedalam mangkuk yang berisi air batu dan air sejuk, supaya ia campuran cuka cepat sejuk. Cara ini kawan Diana ajar tapi lupa nak tanya kenapa dibuat begitu katanya supaya rasa sushi sedap. Jadi selalu dah buat macam ni.

Bila nasi sushi dah masak, angkat dan kemudian spread (melayu cakap apa ek ahalai lupa) atas dulang plastik menggunakan senduk plastik ataupun kayu, jangan guna senduk logam nanti rasa dia tak sedap (chemical reaction dari cuka). Cara yang paling sedap jika anda ada kukusan buluh dirumah haaa gunakan kukusan buluh tersebut spread nasi yang telah masak tu diatas buluh. Kemudian renjiskan air cuka sedikit dan kemudian digaul dan kemudian spread lagi. Air cuka jangan dituang semua agak-agak sebab kalau letak semua takut nasi nanti lembik tak sedap so kena agak-agak ya. Pada masa yang sama kipas kena pasang kat sebelah nasi tu jadi dia cepat sejuk. Untuk mengelakkan nasi sushi kering letakkan didalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Nasi sushi mesti digunakan dan dimakan pada hari itu juga. Tak boleh simpan ya.

Timun yang telah ditoskan digaul dengan sedikit garam dan kemudian diketepikan. Letak tikar penggulung sushi diatas meja. Panggang kepingan rumpai laut, bahagian berkilat diatas api untuk beberapa saat, macam kita layukan daun pisang. Letakkan kepingan rumpai laut diatas tikar penggulung dan letakkan 2-3 sudu besar nasi. Ditengah nasi boleh kita isikan inti ikut citarasa, jeruk lobak putih, telur dadar dll. Angkat hujung tikar dan gulung sehingga habis. Gulungan sushi harus cantik dan ketat dan inti berada ditengah. Menggunakan pisau potong sushi lebar 1 1/2 inci dan atur atas pinggang. Hidangkan bersama soya sauce dan wasabi.

Untuk membuat California Sushi Roll, gunakan avocado, crab filament, timun dan mayonnaise sebagai inti. Dan roll sushi ini macam cone ice cream. Inti sushi boleh diubah suai mengikut citarasa anda dan keluarga. Selamat mencuba.

Nasi sushi juga boleh digunakan untuk membuat Nigiri Sushi. Dimana kita kepal bulat dan lonjongkan sikit dengan tangan kemudian letak sedikit pes wasabi dan kita letak isi ikan tuna yang dihiris setebal 1 sm dan sebagainya.
Unknown
botol ni ada sejarahnya tersendiri..

Inilah botol pertama yg aku beli semasa aku mula2 masuk kerja.. mmmm..
kalo nk ikutkan, hampir 7tahun botol ni ikut aku..
sebati? sgt amat kot! udahlah aku mmg xminum air bancuh..
maka, tidak sama mcam kwn2 opz yg lain-aku tidak punya "mug"..
hanya ada botol air tuk ilangkan dahaga..

kadang2 isi penuh..
sume air sejuk..
kadang2 isis penuh gak..
air sejuk banyak+air suam sikit.. jaga body la konon.. ahaks..

tp,bila time datang haus tuh,tadah skit,
trus glup aje.. ala-ala mcm guna "mug" gitu.. hehehe..

cume, setahun kebalakangan ni, botol ni punya maksud tersendiri..
punya memori yg aku tidak mahu padam..
kenangan yg sgt manis untuk dikenang..
botol ini seakan penghubung untuk melelahkan penat bekerja..
botol ini seakan punca alasan tuk berborak..
botol ini seakan menjadi penyebab kemesraan..

Tp, sebulan lepas.. botol air ni tetiba jatuh sakit.. pembukanya pecah..
dah cube tampal guna UHU.. malah aku try guna GAM GAJAH..
Tp,masih xmahu.. kata seorg kwn opz aku, xelok mende minum tuh.. nnt air kene gum tuh..
bila pikir, betul jugak..
tp, hati yg tidak rela melepaskan kenangan itu, masih berdegil mahu menyimpannya..

sehari. seminggu.. sebulan.. botol air ini sudah tidak mampu digunakan..
ahhhh.. bulan puasa pn dah nk tiba.. xperlah.. bulan puasa ini, aku tidak gunakan nya..
sementara mencari yg baru.. buang aje la.. lgpn, tidak elok untuk kesihatan..
tp, kenangan itu aku mahu simpan.. kenangan itu aku ingin semat..
jadi, ku pusarakan nya dalam tong sampah opz ku dgn mengambil gambar paling cantik..

BOTOL AIRku, kamu yg menyimpan sejarah manis itu, akan ku kenang smpi bila2.. biarpun, ia bukan apa2.. tp, ia cukup membahagiakan.. TERIMA KASIH..