Daisypath Anniversary tickers
Unknown
Memandangkan jiran sebelah ku ada kenduri aqiqah today, selamatlah tak perlu masak lunch.. hahaha.. seronok gitew.. later petang, kawan baik ku Aiffa nak datang lepak rumah.. Teringat resepi yang di share oleh "Tip Hero", senang dan mudah.. bahan pun memang ada kat rumah.. Jom usha bahan and resepinya..

Bahan-Bahannya:
  1. Topping2 apa2 je yang ada dirumah, ikut kesukaan anda (dagingcincang, bawang, tomato, cendawan butang, sausage - semua dipotong dadu)
  2. Telur 5 biji
  3. 1/2 sudu serbuk penaik
  4. 1/2 sudu minyak masak (saya pakai olive oil)
  5. 1/4 cawan susu segar
  6. garam & lada secukup rasa
  7. Keju mozzarella
Ingredients
  1. Use any favorite omelet fillings
  2. 5 eggs
  3. 1/2 ts baking powder
  4. 1/2 ts oil
  5. 1/4 cup fresh milk
  6. salt & pepper
  7. mozzarella cheese

Cara-caranya:

Sapukan sedikit minyak atau planta pada tin muffin / spray oil or wipe a little bit planta 

Letakkan bahan2 yang telah dipotong dadu / use any of your filling favourite

taburkan sedikit keju mozarella / top with cheese


Kacau bahan-bahan no 2-6 sehingga sebati / whip up eggs with all ingredients no 2-6

Bahan yang telah dikacau, curahkan perlahan2 ke dalam muffin tin / top up the whip up eggs with the ingredients
Sedia untuk dibakar 190 darjah celcius untuk 20-25 minit / ready to bake at 190 c for 20-25min
Mari kita ngap! / ready to eat.. yummy

Enjoy! BonVoyage,
MiaAurora
Unknown
Last weekend follow family mertua sambut convocation adik ipar.. Jumaat malam after work kitaorg gerak ke sana.. follow hiway plus terus exit Ayer Keroh.. Tak jauh dari situ dekat dengan mall Mydin, Homestay area situ.. Nama taman tu.. 

Sampai aje homestay, lemau.. hahaha.. eventho perjalanan just take 2hours, tapi kitaorg gerak lambat.. Tunggu Pija balik umah jap, then ke umah parents aku.. Salam diaorg and jumpa Nenek.. Tiap kali nak jalan jauh, rasa tak lengkap kalau tak jumpa ibu ayah and salam depa.. Dah terbiasa, moga direstui selalu.. hehe.. 

Kebetulan minggu ni nenek ada umah parents aku.. Lepak sni plak slps dah berbulan-bulan kat umah mak long aku.. Biasalah, dah tua2 ni, ayah and ibu ku pun nak cari credit jaga org tua kesayangan mereka.. Bahkan indahnya bila org tua kita masih mendoakan kebahagiaan kita.. Moga-moga doa nenek buat kedua ibu dan ayahku dikabulkan.. Aamiin..

Eh, meleret dah! Okey, lepas salam jumpa ibu ayah and nenek, peluang tuk jumpa peluk and geget Fayyadh haruslah tak dilupakan.. hehehe.. nanti rindu~~~

So, selepas gedegang gedegung, by 11pm baru kitaorg gerak.. 1 beg je pun aku bawa tuk kitaorg laki bini.. setel kemas and gerak.. kebetulan masa berhenti isi minyak, jmp parents mertua ku.. so, we gerak together.. macam aku kata awal tadi, perjalanan pendek 2 jam tu tetap buat aku layu di tasik madu.. kul 1 pagi baru sampai.. hahaha.. sampai je terus kakak ipar aku tanya nk makan apa sbb nk order makan malam.. lol.. riang ria perut aku nyanyi makan nasi goreng.. 

Homestay yang kami stay ni not bad.. ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur di lengkapi brg2 masak.. dapur gas, heater, periuk nasim peti sejuk dan pinggan mangkuk lengkap.. senang kata, mudah lah nak memasak.. Air cond disediakan di ruang tamu dan di bilik utama.. 

2 bilik katil queen size and 1 bilik belakang katil bujang.. Memandangkan kakak ipar ku punya 2 anak & seorg bibik, dah tentu kakak ipar amik bilik kedua.. hehe.. luas skit dan mudah tuk anak2nya bersiap.. 

tuk kami yang masih mood honeymoon, katil single is just perfect for us.. hihi.. muat hokey eventho makcik tembam! hahaha.. 

Homestay kami ni corner lot, mmg luas ler laman umah tu, sonok anak2 yong (kakak ipar) aku bermain.. lepak.. So, kalo korang ada yang dtg tuk g konvo sedara mara atau adik bradik dekat UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) atau ada nak g wedding/majlis area kawasan Ayer Keroh atau Bukit Katil, boleh lah stay kat homestay ni.. 

check out below for homestay details.. 


Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora
Unknown
Memandangkan sekarang tengah musim konvo... Happy gile!!! i love convocation.. ia seperti majlis tanda penghargaan buat ayahanda dan bonda yang telah bersusah payah membesarkan anak2.. Eventho tidak terbalas jasa ibu ayah yang selama ini berkorban, tetapi... melihat kegembiraan mereka atas kejayaan anak2nya, sangat menghiburkan..

okey... back to the tips.. Bunga di hari konvo seakan2 sinonim nowadays.. tidak lengkap majlis konvo tanpa jambangan bunga.. bukan setakat tuk kekasih atau hari ibu atau time anniversary je.. jambangan bunga konvo dijual macam pasar malam ketika musim konvo.. ada yang beserta dengan coklat dan ada yang beserta dengan teddy bear yang pakai topi konvo.. cantek dan menarik semestinya.. dan paling menarik, hari konvo satu2nya hari dimana lelaki(pelajar graduan) akan dapat jambangan bunga..

Jambangan bunga yang cantik dan menarik (gambar ihsan google)

so, tuk kawan2 yang nak belikan jambangan bunga fresh tapi nak berjimat cermat, tipsnya belilah diluar kawasan kampus.. tiap kali majlis konvo, akan kelihatan berderet2 kedai bunga, beli dari situ okey.. Tapi, kalo mereka yang ada anak2, leceh nk jalan jauh atau bersama dengan ibu ayah yang dah agak tak larat, di sarankan beli bunga di bahagian dalam kampus.. Bezanya, bunga yang dijual dalam kampus sedikit mahal berbanding dengan mereka yang jual di luar kampus..

REASON PRICEY?
sebab both2 kedai yang dalam kampus tu bayar sewa.. mahal tau.. nanges.. yang dekat luar, xbayar sewa.. hahahaha..

best tau.. beli bunga satu jambak RM35 kalau dekat luar.. dalam kampus satu jambak, harganya RM60.. kalau bunga yang ada teddy bear plak, harga diluar sekitar RM40-50.. Tetapi kalau beli kat dalam sekitar RM60-RM90.. Bayangkan perbezaan tu.. huhuhu.. kalau rajin menyinggah, boleh lah berhenti sebelum masuk ke dalam kampus.. bila dalam kampus, shopping makanan je.. dan air.. haus.. panas kot! hahaha..

Okey jom layan gambar2 jambangan bunga.. Haritu masa adik konvo tak sempat amik gambar jambangan.. yang ada ni sumer ihsan dari google.. 

jambangan bunga with patung konvo (gambar ihsan google)

pooh pakai baju konvo, topi konvo dan pegang scroll.. menarikan? (gambar ihsan google)
Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora
Unknown
Pernah tak korang jalan-jalan kat Malaysia ni and jatuh cinta dengan Masjid yang korang kunjungi?

I believe ramai yang terpersona dengan reka bentuk masjid-masjid moden yang ada di sekitar bandar2 kat Malaysia kan? But believe me, if you guys jalan2 around Bukit Katil, Melaka and tak solat kat masjid name Raudhatul Jannah ni, confirm korang rugi.. hahaha.. 

Pertama kali jejak ke masjid ni, hati ku telah terpaut.. Dengan rekaan bentuk masjid baba nyonya, reka bentuk masjid ni kelihatan unik sekali.. nampak old-school malah kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan masji2 yang ada di sekitar Melaka.. Tetapi, apa yang mencuri hati ialah, interior design masjid ini seolah2 meletakkan aku didalam sebuah masjid mewah yang dijaga rapi dengan organisasi yang terdapat di bandar2..

Bersih, cantik & mewah!!! paling tepat tuk aku gambarkan setiap inci dan sudut masjid ini.. masjid ini mempunyai 2 tingkat, malah toilet dan tempat air sembahyang nya juga connected with bahagian sebelah atas ruang solat.. bermakna, jika jemaah solat di tingkat atas, tidak perlu untuk keluar dan turun ke bawah untuk ke toilet.. dari bahagian sebelah atas boleh terus ke toilet tanpa keluar dahulu..

Oh ya! lupa nak bagitahu, setiap ceiling di masjid ini berlampukan chandelier mewah yang cantik.. lampu yang terang itu seakan2 bersinar pada waktu malam semasa menunaikan solat berjemaah.. amaze! Sebelah bahagian dalam masjid tak ambil gambar.. Segan.. Ramai lagi yang tengah solat..

Semoga Allah sentiasa melindungi dan murahkan rezeki kepada mereka2 yang menyumbang harta, bakti dan tenaga dalam mendirikan masjid2 dan menjaganya dengan bersih dan rapi.. Aamiin..

Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka

Bahagian Depan Masjid

Bahagian Sisi Masjid yang di ambil dari bahagian tepi Jalan raya  


Enjoy, Bon Voyage.
MiaAurora


Lagi mengenai Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka (Petikan ini diambil dari web masjid Raudhatul Jannah, Melaka)

MASJID RAUDHATUL JANNAH, BUKIT KATIL

Latar Belakang
Masjid Bukit Katil yang awal telah di bina pada tahun 1918 di jalan Bukit Bayan.Jalan Bukit Bayan merupakan jalan utama kereta lembu untuk menuju ke Sungai Pengkalan Badak sebagai pengkalan jalan sungai untuk pergi ke bandar Melaka.Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi yang ingin menunaikan sembahyang waktu atau menjadi masjid utama bagi kariah Bukit Katil untuk menunaikan sembahyang Jumaat.Struktur bangunan ini merujuk kepada kebanyakan seni bina masjid negeri Melaka yang berbumbung tiga tingkat.Ada yang mengatakan bentuk bangunan ini pengaruh dari masjid Demak,Sumatera.

Pembinaan masjid ini adalah dari sumbangan masyarakat kampung Bukit Katil termasuk tanah tapak masjid. Pembinaannya dibuat secara gotong royong. Disebabkan pertambahan penduduk semakin meningkat menyebabkan Masjid Lama Bukit Katil telah menjadi semakin sempit. Oleh itu tapak baru terpaksa dicari untuk pembinaan masjid baru. Ahli Lembaga Masjid telah bersetuju untuk membina masjid baru di satu tapak yang lebih strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama Bukit Katil. Masjid Lama Bukit Katil juga tidak lagi menjadi jalan utama ke bandar  Melaka. Tapak yang dipersetujui ialah dipersimpangan antara Jalan Bukit Katil dan Jalan Bukit Bayan iaitu bekas tapak rumah kediaman bagi pekerja JKR Melaka. Selepas tapak masjid telah dipersetujui oleh ahli kariah Masjid Bukit Katil, maka pembinaan mula dibuat dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan dan juga sumbangan orang ramai. Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah RM20,000.00. Selepas siap pembinaan, majlis perasmian telah dilakukan oleh T.Y.T. Melaka pada bulan April 1969.

Masjid ini pernah didatangi oleh Dr Mahathir bin Mohamad sempena lawatan kerja  dan  mengunjungi penduduk kampung Bukit Katil serta bersolat Jumaat bersama rakyat pada 25 Januari 2002 .

Disebabkan pertambahan penduduk akibat daripada pembinaan projek perumahan dan pembinaan jabatan kerajaan di Bukit Katil, ini menyebabkan ruang masjid yang dibina pada 1969 tidak mencukupi lagi. Ini menyebabkan pembinaan tambahan terpaksa dilakukan. Bahagian tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.B.Tun Ghafar Baba pada tahun 1987. Dengan bertambahnya taman-taman perumahan di Kariah Bukit Katil menyebabkan  penduduk bertambah.  Dengan itu masjid yang ada perlu diperbesarkan atau di bina baru. Atas persetujuan kerajaan negeri, masjid baru perlu dibina .Masjid baru ini mempunyai ciri-ciri masjid negeri Melaka. Pada awal bulan Ogos 2003 telah mula pembina masjid baru dengan kelulusan kerajaan negeri dengan perbelanjaan lebih kurang RM2.5 juta. Masjid yang dibina telah siap dibina pada tahun 2004.Masjid ini boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang. Tingkat bawah digunakan untuk kaum wanita dan juga kegiatan masjid manakala tingkat satu ialah ruang solat utama. Tingkat mezanim pula dibuka untuk kanak-kanak.
Unknown


Tarikh 3hb Oktober 2015 mencatat sejarah saat kakak (adik ipar) ku konvo.. 1st time masuk Utem, seronok juga.. Besar rupernya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) ni & cantek.. Selalunya merata2 Uitm dihatiku aku melawat.. Kali ni menjejaki Utem, terimbas zaman belajar dulu.. Tempat yang berlainan tapi perasaan "excited" yang sama.. terimbau sekejap.. hahaha..

Apa beza antara Utem dan university yang lain di Malaysia? hah!! jawapannya....

University Teknikal Malaysia Melaka atau lebih dikenali sebagai Utem satu-satunya Universiti di Malaysia yang mempunyai Kincir Angin.. Menarik kan? Kincir angin ni terletak di sebelah bahagian bagunan canselori berdekatan dengan terusan air.. Terusan air ini juga digunakan sebagai taman rekreasi dan berkayak.. 

okey jom layan gambar sekitar Utem & Kincir Anginnya..


Sekitar pemandangan penuh Utem, Bumbung biru tu Masjid Utem.. Cantik kan? (gambar ihsan google)


Terusan panjang tempat rekreasi dan berkayak (gambar ihsan google)

Dewan Besar tempat kakak Konvo (gambar ihsan google)

Kakak berlatarbelakangkan Kincir Angin and Terusan Air di Utem




Tahniah buat kakak Fadrah yang berjaya melalui saat manis in Engineering School... Phew.. Engineering school always be my dream place to study and explore.. Tp, nk buat macamna, adik2 aje lah yang melaksanakan hasrat hati.. Best part was, 4 dari adik2 ku graduated engineering school.. 2 of them in mechanical & another 2 in civil.. Now, adik ipar ku pula.. argghhh! im just a proud sista! Alhamdulillah they survive.. hahahaha.. semoga terus cemerlang adik2 ku..


Here we go.. Picture for celebrating kakak Fadrah convo..

Lukisan tangan dari seorg pelukis freelance di Jusco Ayer Keroh, hadiah buat kakak dari kami, Adamia

My family in law and kakak fadrah in her jubah konvo.. Congrats kakak!

Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora