Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts
Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts
Unknown
Last weekend follow family mertua sambut convocation adik ipar.. Jumaat malam after work kitaorg gerak ke sana.. follow hiway plus terus exit Ayer Keroh.. Tak jauh dari situ dekat dengan mall Mydin, Homestay area situ.. Nama taman tu.. 

Sampai aje homestay, lemau.. hahaha.. eventho perjalanan just take 2hours, tapi kitaorg gerak lambat.. Tunggu Pija balik umah jap, then ke umah parents aku.. Salam diaorg and jumpa Nenek.. Tiap kali nak jalan jauh, rasa tak lengkap kalau tak jumpa ibu ayah and salam depa.. Dah terbiasa, moga direstui selalu.. hehe.. 

Kebetulan minggu ni nenek ada umah parents aku.. Lepak sni plak slps dah berbulan-bulan kat umah mak long aku.. Biasalah, dah tua2 ni, ayah and ibu ku pun nak cari credit jaga org tua kesayangan mereka.. Bahkan indahnya bila org tua kita masih mendoakan kebahagiaan kita.. Moga-moga doa nenek buat kedua ibu dan ayahku dikabulkan.. Aamiin..

Eh, meleret dah! Okey, lepas salam jumpa ibu ayah and nenek, peluang tuk jumpa peluk and geget Fayyadh haruslah tak dilupakan.. hehehe.. nanti rindu~~~

So, selepas gedegang gedegung, by 11pm baru kitaorg gerak.. 1 beg je pun aku bawa tuk kitaorg laki bini.. setel kemas and gerak.. kebetulan masa berhenti isi minyak, jmp parents mertua ku.. so, we gerak together.. macam aku kata awal tadi, perjalanan pendek 2 jam tu tetap buat aku layu di tasik madu.. kul 1 pagi baru sampai.. hahaha.. sampai je terus kakak ipar aku tanya nk makan apa sbb nk order makan malam.. lol.. riang ria perut aku nyanyi makan nasi goreng.. 

Homestay yang kami stay ni not bad.. ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur di lengkapi brg2 masak.. dapur gas, heater, periuk nasim peti sejuk dan pinggan mangkuk lengkap.. senang kata, mudah lah nak memasak.. Air cond disediakan di ruang tamu dan di bilik utama.. 

2 bilik katil queen size and 1 bilik belakang katil bujang.. Memandangkan kakak ipar ku punya 2 anak & seorg bibik, dah tentu kakak ipar amik bilik kedua.. hehe.. luas skit dan mudah tuk anak2nya bersiap.. 

tuk kami yang masih mood honeymoon, katil single is just perfect for us.. hihi.. muat hokey eventho makcik tembam! hahaha.. 

Homestay kami ni corner lot, mmg luas ler laman umah tu, sonok anak2 yong (kakak ipar) aku bermain.. lepak.. So, kalo korang ada yang dtg tuk g konvo sedara mara atau adik bradik dekat UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) atau ada nak g wedding/majlis area kawasan Ayer Keroh atau Bukit Katil, boleh lah stay kat homestay ni.. 

check out below for homestay details.. 


Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora
Unknown
Pernah tak korang jalan-jalan kat Malaysia ni and jatuh cinta dengan Masjid yang korang kunjungi?

I believe ramai yang terpersona dengan reka bentuk masjid-masjid moden yang ada di sekitar bandar2 kat Malaysia kan? But believe me, if you guys jalan2 around Bukit Katil, Melaka and tak solat kat masjid name Raudhatul Jannah ni, confirm korang rugi.. hahaha.. 

Pertama kali jejak ke masjid ni, hati ku telah terpaut.. Dengan rekaan bentuk masjid baba nyonya, reka bentuk masjid ni kelihatan unik sekali.. nampak old-school malah kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan masji2 yang ada di sekitar Melaka.. Tetapi, apa yang mencuri hati ialah, interior design masjid ini seolah2 meletakkan aku didalam sebuah masjid mewah yang dijaga rapi dengan organisasi yang terdapat di bandar2..

Bersih, cantik & mewah!!! paling tepat tuk aku gambarkan setiap inci dan sudut masjid ini.. masjid ini mempunyai 2 tingkat, malah toilet dan tempat air sembahyang nya juga connected with bahagian sebelah atas ruang solat.. bermakna, jika jemaah solat di tingkat atas, tidak perlu untuk keluar dan turun ke bawah untuk ke toilet.. dari bahagian sebelah atas boleh terus ke toilet tanpa keluar dahulu..

Oh ya! lupa nak bagitahu, setiap ceiling di masjid ini berlampukan chandelier mewah yang cantik.. lampu yang terang itu seakan2 bersinar pada waktu malam semasa menunaikan solat berjemaah.. amaze! Sebelah bahagian dalam masjid tak ambil gambar.. Segan.. Ramai lagi yang tengah solat..

Semoga Allah sentiasa melindungi dan murahkan rezeki kepada mereka2 yang menyumbang harta, bakti dan tenaga dalam mendirikan masjid2 dan menjaganya dengan bersih dan rapi.. Aamiin..

Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka

Bahagian Depan Masjid

Bahagian Sisi Masjid yang di ambil dari bahagian tepi Jalan raya  


Enjoy, Bon Voyage.
MiaAurora


Lagi mengenai Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka (Petikan ini diambil dari web masjid Raudhatul Jannah, Melaka)

MASJID RAUDHATUL JANNAH, BUKIT KATIL

Latar Belakang
Masjid Bukit Katil yang awal telah di bina pada tahun 1918 di jalan Bukit Bayan.Jalan Bukit Bayan merupakan jalan utama kereta lembu untuk menuju ke Sungai Pengkalan Badak sebagai pengkalan jalan sungai untuk pergi ke bandar Melaka.Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi yang ingin menunaikan sembahyang waktu atau menjadi masjid utama bagi kariah Bukit Katil untuk menunaikan sembahyang Jumaat.Struktur bangunan ini merujuk kepada kebanyakan seni bina masjid negeri Melaka yang berbumbung tiga tingkat.Ada yang mengatakan bentuk bangunan ini pengaruh dari masjid Demak,Sumatera.

Pembinaan masjid ini adalah dari sumbangan masyarakat kampung Bukit Katil termasuk tanah tapak masjid. Pembinaannya dibuat secara gotong royong. Disebabkan pertambahan penduduk semakin meningkat menyebabkan Masjid Lama Bukit Katil telah menjadi semakin sempit. Oleh itu tapak baru terpaksa dicari untuk pembinaan masjid baru. Ahli Lembaga Masjid telah bersetuju untuk membina masjid baru di satu tapak yang lebih strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama Bukit Katil. Masjid Lama Bukit Katil juga tidak lagi menjadi jalan utama ke bandar  Melaka. Tapak yang dipersetujui ialah dipersimpangan antara Jalan Bukit Katil dan Jalan Bukit Bayan iaitu bekas tapak rumah kediaman bagi pekerja JKR Melaka. Selepas tapak masjid telah dipersetujui oleh ahli kariah Masjid Bukit Katil, maka pembinaan mula dibuat dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan dan juga sumbangan orang ramai. Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah RM20,000.00. Selepas siap pembinaan, majlis perasmian telah dilakukan oleh T.Y.T. Melaka pada bulan April 1969.

Masjid ini pernah didatangi oleh Dr Mahathir bin Mohamad sempena lawatan kerja  dan  mengunjungi penduduk kampung Bukit Katil serta bersolat Jumaat bersama rakyat pada 25 Januari 2002 .

Disebabkan pertambahan penduduk akibat daripada pembinaan projek perumahan dan pembinaan jabatan kerajaan di Bukit Katil, ini menyebabkan ruang masjid yang dibina pada 1969 tidak mencukupi lagi. Ini menyebabkan pembinaan tambahan terpaksa dilakukan. Bahagian tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.B.Tun Ghafar Baba pada tahun 1987. Dengan bertambahnya taman-taman perumahan di Kariah Bukit Katil menyebabkan  penduduk bertambah.  Dengan itu masjid yang ada perlu diperbesarkan atau di bina baru. Atas persetujuan kerajaan negeri, masjid baru perlu dibina .Masjid baru ini mempunyai ciri-ciri masjid negeri Melaka. Pada awal bulan Ogos 2003 telah mula pembina masjid baru dengan kelulusan kerajaan negeri dengan perbelanjaan lebih kurang RM2.5 juta. Masjid yang dibina telah siap dibina pada tahun 2004.Masjid ini boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang. Tingkat bawah digunakan untuk kaum wanita dan juga kegiatan masjid manakala tingkat satu ialah ruang solat utama. Tingkat mezanim pula dibuka untuk kanak-kanak.