Hola! Assalam!
Bangun pagi terus nampak Tasik, SubhanaAllah.. cantiknya pemandangan.. seronok betul kalau hari2 macam ni.. Bilik yang kami duduk ni memang menghadap tasik, dan bilik tu plak siap ada beranda.. buka je pintu and tingkap, pemandangan nan indah terbentang.. Waktu Subuh di sni lebih awal dari Malaysia, kul 5pg lebih dah hampir penghujung tau.. Sini awal 1jam berbanding di Malaysia.. Jam 6pagi dah terang seakan-akan kul 7pagi di Malaysia.. gitew~ Tempat kami tinggal ni boleh book dari Agoda, Booking.com dan seangkatan dengannya.. Cume perlu search Danau Toba International Cottage..
|
jam 6.30pagi |
|
menghadap beranda bilik kami |
Janji dengan Pak Supir, kul 9 akan ketemu di lobi hotel.. Sarapan start kul 8am.. Lepas siap packing barang semua, kami naik ke bahagian restaurant hotel.. pergh.. cantek sangat2 permandangannya.. Seronok menjadi saksi melihat keindahan ciptaan Allah swt.. Oh! tempat sni sejuk tau.. tidak lah sampai mengigil, tapi sejuk yang just nice.. kebanyakkan hotel di sni tidak disediakan air-cond memandangkan cuaca dan udara yg sepoi2 sejuk tu.. hehehe.. Indah & Damai..
|
pemandangan dari meja makan breakfast kami |
|
breakfast yang dihidangkan termasuk dalam pakej |
Sementara menunggu Pak Supir sampai,sebenarnya kul 9 tepat die dah sampai.. Tapi, memandangkan kami sibuk bergambar, die pun mengampil keputusan untuk mengisi minyak dulu.. Apa lagi, kami pun start posing.. yuhuuuu~~~
|
perjalanan dari restaurant nak bekpes ke bilik kami |
|
Reception |
Perjalanan pagi ni menuju ke Berastagi, puncak best yang org duk cakap tiap kali datang ke medan.. kononnya a must place to go gitu.. Kalau bace dari blog2 dan pesanan dari adikku, tempat ni agak dingin dan sejuk.. macam di cameroon! Argh~~ mmg betul seperti di cameroon, bahkan mcm sejuk lagi rasanya! hahahaha.. Adik ada pesan juga, eventho perjalanan ke Berastagi mengambil masa lebih kurang 4jam, "sila jangan tidur"! sebabnya? pemandangan sepanjang perjalanan adalah super awesome! rupanya banyak jenis pokok yang aku tak kenal.. hahaha.. tiap kali terjumpa pokok-pokok yang menarik, supir akan benti tepi jalan dan explain.. "inilah pokok kayu manis", inilah pokok pisang kaki" "inilah pokok cengkih" Eh! macam org jakun dibuatnya.. hahaha.. menarik!
Sebelum sampai ke Berastagi, kami singgah di Simarjarunjung, tempat ni memang ada dalam itinerary.. Its "Simarjarunjung Highlands" guys.. wehuuuu~ bukan setakat cantik, tapi di sini kami menikmati Teh Halia pakej bersama goreng pisang.. Sedak bak hang! miam.. Puncak ni macam dataran tinggi dan seakan-akan sebuah club house didirikan tuk lepak parking.. Hahaha.. Seperti kawasan rehat sebelum sampai ke Berastagi.. dalam sejuk tuh, memang tak tipu, perut asik nak makan je.. Kami share beli mee goreng.. Wow!! sedap gile.. mee goreng depa ni sebenarnya maggie goreng di tempat kita.. hahaha.. sebabkan nk try segala sos cili yang dia ada, maka kami tambah belian mee goreng ni.. tak sangka pulak murah dan sedap.. hahaha.. pakej Teh Halia dan goreng pisang tadi lebih kurang dalam Rupiah 13ribu (RM3.30) dan mee goreng tu plak dalam RM5 macam tu aje.. okey la, not bad the price and the taste..
|
secangkir teh halia dan pisang goreng.. miam.. |
|
cili-cili dan kicap-kicap yang membuatkan kami order mee goreng a.k.a maggie goreng |
Banyak pit-stop kami sebelum sampai ke Berastagi.. Hahaha.. kami singgah ke Air Terjun Sepiso-Piso
plak.. Amboi! memang tinggi air terjun ni.. Dengar cerita, lebih kurang
300 anak tangga tuk sampai ke bawah.. Adess.. Nak turun memang seronok,
boleh mandi air terjun.. Bila nak mendaki tu yang kejap lagi menangis..
ahahaha.. Memandangkan perjalanan masih berbaki 2 hari, kami decide utk
tidak turun ke bawah.. lagipun tak bawa baju mandi.. Kalau bawa, ada
kemungkinan mengigihkan diri tuk sampai ke bawah.. hehehe.. So, kita
tangkap gambar dari atas sahaja lah yer..hehe..
|
berlatarbelakangkan air terjun.. yang warna putih panjang belakang kami tu air terjunnya.. hahaha |
|
rumah-rumah makan sepanjang kawasan riadah air terjun sepiso-piso |
By the time sampai ke puncak, jam dah kul
1tghari, peut baik punya lagu keluar, maka pak supir bawakan kami ke
penghujung Danau Toba, berpusing-pusing nak turun ke kaki bukit..
Maklumlah, dah sampai puncak kan.. Hehehe..As per request, tengahari tu
kami nak makan ikan bakar di tepi tasik.. Chewah.. Best ni oooo.. Pilih
ikan sendiri.. Fresh tau, dari dalam tasik gitew.. Hehehe.. Fefeling
romantik habis makan kat sni.. MasyaAllah, punya lah sedap.. Miam..
hehehe.. Tapi, service sni slow gle.. Nak dekat 2jam juga kami menanti..
Ades.. Sampai naik busan.. Siap dah berjalan-jalan.. Dekat Tongging
ni, ada beberapa kedai yang boleh di singgah.. Pak Supir pilih kedai
yang paling 1st sekali.. Jadi kalau ada yang datang ke sini, uolls try
la kedai yang lain.. hahaha.. & bagi review bagus x service depa..
Hehehe.. Between, kalau jalan kaki ke dalam sikit, sebelah kiri, ada
kedai yang xmenghadap ke tasik menyediakan surau yang selesa.. Boleh lah
jamak zuhur & asar sekali.. Bukan apa, bila dah solat ni akan rasa
lega sebab dah tunaikan tanggungjawab siap2.. Tak perlu nak cari-cari
surau nanti kalau masa dah bertangguh kan..
|
Rumah Makan yang Pak Supir Pilih di Tongging |
|
Selepas memilih ikan fresh yang nak ngap kejap lagi.. Miam |
|
Menu yang disediakan.. Harga boleh tgok dengan zoom-in.. Hehe |
|
Minuman yang disediakan.. Paket besar ke kecil pun disediakan.. |
|
Inilah hasil tangkapan kami di tasik tadi.. Ikan Mas goreng dan Ikan Kap Bakar.. Makan bersila yer.. Miam.. |
Usai makan, kami sambung perjalanan ke
Berastagi.. Phew~ Disinilah tempatnya.. Terkenal dengan nama Pasar Buah
dan bunga! miam.. Yang peliknya sedap.. tak paham eh! Semua tempat yang
kami pergi, semuanya sedap. Miam! Hmmmm.. Mungkin sebab kami ni
pelancong, jadi tempat yang pak supir bawa sumenya recomended place la
kan.. Kalau tidak, tak ke menangis kalau datang jauh-jauh, makan tak
sedap.. habis spoil kan.. ehehehe.. Buah-buah disini, gemok-gemok
habis.. rasa pun manis.. memang puas hati.. siap boleh di-pack-kan dalam
kotak cantik-cantik untuk bawa pulang naik flight.. hah! canggihkan..
Apalagi.. borong la.. hehehe.. Kalau Cameroon terkenal dengan
sayur-sayuran yang cantik2 dan gemok2, kat sni buah-buahan nya menjadi
pilihan ramai.. Selain dari itu, ada juga dijual barangan cederamata..
Baik key-chain, fridge magnet, kain batik, selipar, baju sejuk yang
dikait dan macam-macam lagi.. Selain itu, sempat juga kami minum2 petang
and lepak di sana.. Hehe.. Oops.. nak bagitahu.. Tolong lah.. Tolonglah
siap2 g toilet selepas lunch tau.. Sebab berastagi punya toilet..
Nanges.. Sobs~~
|
Pintu Masuk Pasar Buah & Bunga Berastagi |
|
Berastagi Town.. Nak jalan-jalan naik kuda sekitar sini pun boleh.. Bayarannya xpasti plak.. |
|
Gerai - gerai makan kecil di tepi-tepi pasar |
|
Jagung bakar enak.. Siap boleh pilih nak pedas atau tidak.. Walawei.. Miam! |
|
Cantikkan Bunga-bunganya.. Subur indah! |
|
Kalau dekat Malaysia dah bawa balik borong and tanam kat laman.. Eh! |
|
Buah-buah enak.. Ni baru nampak sikit.. the whole pasar lagi gle banyak.. Better uolls book tix now! hehehe |
Setel di Berastagi jam 8malam.. Sempat meratah jagung bakar sebelum pulang.. Perjalanan ke Medan lebih kurang 2jam dari sni.. Pergh.. Masa nak naik tadi kan jalannya berbukit bukau dan yang pastinya ada bengkang bengkok selekoh tajam segala sepanjang perjalanan.. Cube bayangkan jalan pada waktu malam.. yang paling best sekali tiada lampu jalan.. Hehe.. Tp, pak Supir kami relax je bawa Kijang.. Dah hafal gitu.. Siap dalam perjalanan boleh melawak dengan Mr. Mr. nak ajak ke Lombok join hanya team lelaki je yang pergi..Chewah! Sonok sgt tu! hehehe.. Sepanjang perjalanan kami dihidang dengan hutan belukar.. Apa yang seronok sepanjang perjalanan ni ialah, banyak lori2 bawa sayur dan kenderaan lain yang menemani kami.. Teman gitew.. hahaha.. walaupun banyak kenderaan, tapi tiada jem langsung.. layan..
Almost sampai ke Medan, dikiri kanan kami ada gerai2 makan yang telah tutup.. Hidangan snek mereka adalah keluang.. hahahaha.. Aler.. yang macam kelawar tuh.. Auwww.. Mereka makan hokey yang itu.. Even relax je salai anjing ditepi jalan and makan dagingnya begitu sahaja.. huhuhu..
Sampai je di Medan, trus kami ke Rumah Makan Simpang Tiga.. Open 24hours.. Siap boleh delivery lagi.. Hah.. dah lah rumah makan ni lebih kurang 10minit dari hotel yang kami akan stay malam ni.. hahahaha.. nampak tak perut lapar tu.. Miam.. Pertama sekali terdetik masa sampai disini, oh! kami di restauran mewah.. hahaha.. kitaorg pilih makan kat dalam bilik yang disediakan air-cond.. siap ada air terjun cantik turun kat tingkap-tingkap dalam bilik tuh.. hehehe.. menarik.. Tapi di Indonesia ni, memang tidak terkata la.. kat mana-mana depa layan rokok.. adoi.. pening.. dalam mall pun rokok, dalam bilik makan yang ada air-cond pun selamber diaorg isap rokok.. cheh!
|
Rumah Makan Simpang Tiga |
|
Preparation hidangan |
|
|
Hidangan tuk kami yang sentiasa lapar.. Sedap bak hang! miam.. |
Lepas makan, check-in Hotel Madani, Penat, packing tuk esok, solat dan tidur.. Indahnya!
TIPS:
- Breakfast di Danau Toba International Cottage tu, recomended nasi goreng dan roti bakarnya.. Beehun goreng agak kureng sikit..
- Kalau nak order jagung bakar di Simarjarunjung, order awal2 sebelum ramai yang serbu, kalau tak memang lama kene tunggu
- Order air botol masa lepak kat rumah makan air terjun sepiso-piso.. sedap!
- Kalau ke Tongging tuk makan ikan bakar, try avoid kedai makan yang pertama sekali jumpa nama Rumah Makan Sabar Hita, sebab service slow! 2jam hokey tunggu makanan siap.. hahaha
- Tolonglah avoid tuk ke tandas di Pasar Berastagi.. Nanges.. Sila rancang perjalanan "kecik" dan "besar" anda.
- Kalau nak shopping di Berastagi, borong hanya buah.. try avoid beli cenderamata and so-on.. Mahal! kalau bargain atau tak jadi beli, mmg baik punya kene maki.. Nasib den tak kene.. Alhamdulillah.. Hahaha.. So,masa kat Pulau Samosir, sila borong kain batik - Rupiah 40ribu (RM15), kain sarung, kain pelikat Rupiah 35ribu (RM11), fridge magnet 10 peket - Rupiah 30ribu (RM10) and segala cenderamat ok.. Murah!
- Shopping kat Berastagi boleh pakai Ringgit Malaysia
- Kalau yang tak biasa tidur ada lampu terpasang, do avoid di Hotel Madani yang kami stay.. Sbb lampu kecemasan dpn pintu masuk bilik tak boleh ditutup.. Memang pasang 24hours.. (Nasib kepenatan, maka ku tertidur setelah berhempas pulas kiri dan kanan beberapa kali.. hahaha)
- Apapun, Madani Hotel still recomended sebab bercirikan islam.. Kalau belum kahwin, not allowed to check-in, dalam bilik disediakan Al-Quran dan sejadah buat pengunjung.. Pekerja wanita mereka semuanya memakai tudung.. Alhamdulillah..
Enjoy!BonVoyage,
MiaAurora