Daisypath Anniversary tickers
Unknown

Hola! Assalam!
sambungan dari Cuti-Cuti Ke Medan

Bangun pagi terus nampak Tasik, SubhanaAllah.. cantiknya pemandangan.. seronok betul kalau hari2 macam ni.. Bilik yang kami duduk ni memang menghadap tasik, dan bilik tu plak siap ada beranda.. buka je pintu and tingkap, pemandangan nan indah terbentang.. Waktu Subuh di sni lebih awal dari Malaysia, kul 5pg lebih dah hampir penghujung tau.. Sini awal 1jam berbanding di Malaysia.. Jam 6pagi dah terang seakan-akan kul 7pagi di Malaysia.. gitew~ Tempat kami tinggal ni boleh book dari Agoda, Booking.com dan seangkatan dengannya.. Cume perlu search Danau Toba International Cottage..


 jam 6.30pagi

menghadap beranda bilik kami

Janji dengan Pak Supir, kul 9 akan ketemu di lobi hotel.. Sarapan start kul 8am.. Lepas siap packing barang semua, kami naik ke bahagian restaurant hotel.. pergh.. cantek sangat2 permandangannya.. Seronok menjadi saksi melihat keindahan ciptaan Allah swt.. Oh! tempat sni sejuk tau.. tidak lah sampai mengigil, tapi sejuk yang just nice.. kebanyakkan hotel di sni tidak disediakan air-cond memandangkan cuaca dan udara yg sepoi2 sejuk tu.. hehehe.. Indah & Damai..



pemandangan dari meja makan breakfast kami

breakfast yang dihidangkan termasuk dalam pakej

Sementara menunggu Pak Supir sampai,sebenarnya kul 9 tepat die dah sampai.. Tapi, memandangkan kami sibuk bergambar, die pun mengampil keputusan untuk mengisi minyak dulu.. Apa lagi, kami pun start posing.. yuhuuuu~~~


perjalanan dari restaurant nak bekpes ke bilik kami
Reception

Perjalanan pagi ni menuju ke Berastagi, puncak best yang org duk cakap tiap kali datang ke medan.. kononnya a must place to go gitu.. Kalau bace dari blog2 dan pesanan dari adikku, tempat ni agak dingin dan sejuk.. macam di cameroon! Argh~~ mmg betul seperti di cameroon, bahkan mcm sejuk lagi rasanya! hahahaha.. Adik ada pesan juga, eventho perjalanan ke Berastagi mengambil masa lebih kurang 4jam, "sila jangan tidur"! sebabnya? pemandangan sepanjang perjalanan adalah super awesome! rupanya banyak jenis pokok yang aku tak kenal.. hahaha.. tiap kali terjumpa pokok-pokok yang menarik, supir akan benti tepi jalan dan explain.. "inilah pokok kayu manis", inilah pokok pisang kaki" "inilah pokok cengkih" Eh! macam org jakun dibuatnya.. hahaha.. menarik!





Sebelum sampai ke Berastagi, kami singgah di Simarjarunjung, tempat ni memang ada dalam itinerary.. Its "Simarjarunjung Highlands" guys.. wehuuuu~ bukan setakat cantik, tapi di sini kami menikmati Teh Halia pakej bersama goreng pisang.. Sedak bak hang! miam.. Puncak ni macam dataran tinggi dan seakan-akan sebuah club house didirikan tuk lepak parking.. Hahaha.. Seperti kawasan rehat sebelum sampai ke Berastagi.. dalam sejuk tuh, memang tak tipu, perut asik nak makan je.. Kami share beli mee goreng.. Wow!! sedap gile.. mee goreng depa ni sebenarnya maggie goreng di tempat kita.. hahaha.. sebabkan nk try segala sos cili yang dia ada, maka kami tambah belian mee goreng ni.. tak sangka pulak murah dan sedap.. hahaha.. pakej Teh Halia dan goreng pisang tadi lebih kurang dalam Rupiah 13ribu (RM3.30) dan mee goreng tu plak dalam RM5 macam tu aje.. okey la, not bad the price and the taste..


secangkir teh halia dan pisang goreng.. miam..
cili-cili dan kicap-kicap yang membuatkan kami order mee goreng a.k.a maggie goreng
Banyak pit-stop kami sebelum sampai ke Berastagi.. Hahaha.. kami singgah ke Air Terjun Sepiso-Piso plak.. Amboi! memang tinggi air terjun ni.. Dengar cerita, lebih kurang 300 anak tangga tuk sampai ke bawah.. Adess.. Nak turun memang seronok, boleh mandi air terjun.. Bila nak mendaki tu yang kejap lagi menangis.. ahahaha.. Memandangkan perjalanan masih berbaki 2 hari, kami decide utk tidak turun ke bawah.. lagipun tak bawa baju mandi.. Kalau bawa, ada kemungkinan mengigihkan diri tuk sampai ke bawah.. hehehe.. So, kita tangkap gambar dari atas sahaja lah yer..hehe..

berlatarbelakangkan air terjun.. yang warna putih panjang belakang kami tu air terjunnya.. hahaha
rumah-rumah makan sepanjang kawasan riadah air terjun sepiso-piso
By the time sampai ke puncak, jam dah kul 1tghari, peut baik punya lagu keluar, maka pak supir bawakan kami ke penghujung Danau Toba, berpusing-pusing nak turun ke kaki bukit.. Maklumlah, dah sampai puncak kan.. Hehehe..As per request, tengahari tu kami nak makan ikan bakar di tepi tasik.. Chewah.. Best ni oooo.. Pilih ikan sendiri.. Fresh tau, dari dalam tasik gitew.. Hehehe.. Fefeling romantik habis makan kat sni.. MasyaAllah, punya lah sedap.. Miam.. hehehe.. Tapi, service sni slow gle.. Nak dekat 2jam juga kami menanti.. Ades.. Sampai naik busan.. Siap dah berjalan-jalan.. Dekat Tongging ni, ada beberapa kedai yang boleh di singgah.. Pak Supir pilih kedai yang paling 1st sekali.. Jadi kalau ada yang datang ke sini, uolls try la kedai yang lain.. hahaha.. & bagi review bagus x service depa.. Hehehe.. Between, kalau jalan kaki ke dalam sikit, sebelah kiri, ada kedai yang xmenghadap ke tasik menyediakan surau yang selesa.. Boleh lah jamak zuhur & asar sekali.. Bukan apa, bila dah solat ni akan rasa lega sebab dah tunaikan tanggungjawab siap2.. Tak perlu nak cari-cari surau nanti kalau masa dah bertangguh kan..

Rumah Makan yang Pak Supir Pilih di Tongging

Selepas memilih ikan fresh yang nak ngap kejap lagi.. Miam

Menu yang disediakan.. Harga boleh tgok dengan zoom-in.. Hehe

Minuman yang disediakan.. Paket besar ke kecil pun disediakan..
Inilah hasil tangkapan kami di tasik tadi.. Ikan Mas goreng dan Ikan Kap Bakar.. Makan bersila yer.. Miam..

Usai makan, kami sambung perjalanan ke Berastagi.. Phew~ Disinilah tempatnya.. Terkenal dengan nama Pasar Buah dan bunga! miam.. Yang peliknya sedap.. tak paham eh! Semua tempat yang kami pergi, semuanya sedap. Miam! Hmmmm.. Mungkin sebab kami ni pelancong, jadi tempat yang pak supir bawa sumenya recomended place la kan.. Kalau tidak, tak ke menangis kalau datang jauh-jauh, makan tak sedap.. habis spoil kan.. ehehehe.. Buah-buah disini, gemok-gemok habis.. rasa pun manis.. memang puas hati.. siap boleh di-pack-kan dalam kotak cantik-cantik untuk bawa pulang naik flight.. hah! canggihkan.. Apalagi.. borong la.. hehehe.. Kalau Cameroon terkenal dengan sayur-sayuran yang cantik2 dan gemok2, kat sni buah-buahan nya menjadi pilihan ramai.. Selain dari itu, ada juga dijual barangan cederamata.. Baik key-chain, fridge magnet, kain batik, selipar, baju sejuk yang dikait dan macam-macam lagi.. Selain itu, sempat juga kami minum2 petang and lepak di sana.. Hehe.. Oops.. nak bagitahu.. Tolong lah.. Tolonglah siap2 g toilet selepas lunch tau.. Sebab berastagi punya toilet.. Nanges.. Sobs~~

Pintu Masuk Pasar Buah & Bunga Berastagi

Berastagi Town.. Nak jalan-jalan naik kuda sekitar sini pun boleh.. Bayarannya xpasti plak..

Gerai - gerai makan kecil di tepi-tepi pasar

Jagung bakar enak.. Siap boleh pilih nak pedas atau tidak.. Walawei.. Miam!
Cantikkan Bunga-bunganya.. Subur indah!

Kalau dekat Malaysia dah bawa balik borong and tanam kat laman.. Eh!

Buah-buah enak.. Ni baru nampak sikit.. the whole pasar lagi gle banyak.. Better uolls book tix now! hehehe

Setel di Berastagi jam 8malam.. Sempat meratah jagung bakar sebelum pulang.. Perjalanan ke Medan lebih kurang 2jam dari sni.. Pergh.. Masa nak naik tadi kan jalannya berbukit bukau dan yang pastinya ada bengkang bengkok selekoh tajam segala sepanjang perjalanan.. Cube bayangkan jalan pada waktu malam.. yang paling best sekali tiada lampu jalan.. Hehe.. Tp, pak Supir kami relax je bawa Kijang.. Dah hafal gitu.. Siap dalam perjalanan boleh melawak dengan Mr. Mr. nak ajak ke Lombok join hanya team lelaki je yang pergi..Chewah! Sonok sgt tu! hehehe.. Sepanjang perjalanan kami dihidang dengan hutan belukar.. Apa yang seronok sepanjang perjalanan ni ialah, banyak lori2 bawa sayur dan kenderaan lain yang menemani kami.. Teman gitew.. hahaha.. walaupun banyak kenderaan, tapi tiada jem langsung.. layan..

Almost sampai ke Medan, dikiri kanan kami ada gerai2 makan yang telah tutup.. Hidangan snek mereka adalah keluang.. hahahaha.. Aler.. yang macam kelawar tuh.. Auwww.. Mereka makan hokey yang itu.. Even relax je salai anjing ditepi jalan and makan dagingnya begitu sahaja.. huhuhu..

Sampai je di Medan, trus kami ke Rumah Makan Simpang Tiga.. Open 24hours.. Siap boleh delivery lagi.. Hah.. dah lah rumah makan ni lebih kurang 10minit dari hotel yang kami akan stay malam ni.. hahahaha.. nampak tak perut lapar tu.. Miam.. Pertama sekali terdetik masa sampai disini, oh! kami di restauran mewah.. hahaha.. kitaorg pilih makan kat dalam bilik yang disediakan air-cond.. siap ada air terjun cantik turun kat tingkap-tingkap dalam bilik tuh.. hehehe.. menarik.. Tapi di Indonesia ni, memang tidak terkata la.. kat mana-mana depa layan rokok.. adoi.. pening.. dalam mall pun rokok, dalam bilik makan yang ada air-cond pun selamber diaorg isap rokok.. cheh!

Rumah Makan Simpang Tiga


Preparation hidangan

Hidangan tuk kami yang sentiasa lapar.. Sedap bak hang! miam..

Lepas makan, check-in Hotel Madani, Penat, packing tuk esok, solat dan tidur.. Indahnya!

TIPS:
  • Breakfast di Danau Toba International Cottage tu, recomended nasi goreng dan roti bakarnya.. Beehun goreng agak kureng sikit..
  • Kalau nak order jagung bakar di Simarjarunjung, order awal2 sebelum ramai yang serbu, kalau tak memang lama kene tunggu
  • Order air botol masa lepak kat rumah makan air terjun sepiso-piso.. sedap!
  • Kalau ke Tongging tuk makan ikan bakar, try avoid kedai makan yang pertama sekali jumpa nama Rumah Makan Sabar Hita, sebab service slow! 2jam hokey tunggu makanan siap.. hahaha
  • Tolonglah avoid tuk ke tandas di Pasar Berastagi.. Nanges.. Sila rancang perjalanan "kecik" dan "besar" anda.
  • Kalau nak shopping di Berastagi, borong hanya buah.. try avoid beli cenderamata and so-on.. Mahal! kalau bargain atau tak jadi beli, mmg baik punya kene maki.. Nasib den tak kene.. Alhamdulillah.. Hahaha.. So,masa kat Pulau Samosir, sila borong kain batik - Rupiah 40ribu (RM15), kain sarung, kain pelikat Rupiah 35ribu (RM11), fridge magnet 10 peket - Rupiah 30ribu (RM10) and segala cenderamat ok.. Murah!
  • Shopping kat Berastagi boleh pakai Ringgit Malaysia
  • Kalau yang tak biasa tidur ada lampu terpasang, do avoid di Hotel Madani yang kami stay.. Sbb lampu kecemasan dpn pintu masuk bilik tak boleh ditutup.. Memang pasang 24hours.. (Nasib kepenatan, maka ku tertidur setelah berhempas pulas kiri dan kanan beberapa kali.. hahaha)
  • Apapun, Madani Hotel still recomended sebab bercirikan islam.. Kalau belum kahwin, not allowed to check-in, dalam bilik disediakan Al-Quran dan sejadah buat pengunjung.. Pekerja wanita mereka semuanya memakai tudung.. Alhamdulillah..


Enjoy!BonVoyage,
MiaAurora
Unknown
Hola! Assalam..

 Seperti yang dijanjikan, here post for our day 1, anniversary journey d 3rd.. hehehehe.. Tiba di Kualanamu Airport, our supir Dedek dah waiting kat luar sambil pegang Note nama "Ibuk Mia".. Haha.. comel.. tgh kecoh2 angkat beg semua, terus nampak Dedek, xsempat nak bergambar dengan Nota comel tu..

KualaNamu International Airport

Kami naik si Kijang.. Alhamdulillah, sgt smooth perjalanan dan selesa si Kijang ni.. Dedek, our supir juga sangat peramah dan sporting.. siap leh melawak2 lagi.. best.. wehuuuu..


Our Kijang (Di Malaysia, Innova sudey)


Perjalanan kami amik masa lebih kurang 5-6 jam tuk sampai ke Perapat.. Kalau ikot itinerary, around kul 1 lebih sampai ke restoran untuk makan tenghari.. Dalam perjalanan nak ke tmpt makan, kami singgah dulu ke PATEN, the very femes makanan tempatan di sini.. mungkin disebabkan namanya yang unik,maka ianya di komersialkan.. tent-teng, tong-tong, ping-ping, pang-pang dll.. hahaha.. comelkan nama makanan depa.. basically, ni sume adalah jajan2 gitu.. kacang2 yg sedap.. oh ya! adik dah pernah sampai ke sini dlu masa honeymoon, dialah yang cadangkan tuk beli dodol enak di sni.. sempat die bagi duit tuk kirim.. kemain mengidam mak buyung sorg tu..

Sempat la beli paten ni.. sedap jugak~
Pelbagai jenis jajan yang bernama unik

Inilah sebahagian dari jajan yang nama teng-teng, tang-tang, tong-tong.. hahaha.. nice name..

Perjalanan di teruskan ke restoran tuk lunch.. perut pun dah mula nyanyi riang right after jam 12tghri.. hahaha.. tau2 aje perut ni.. setibanya di sana, kami diberi pilhan tuk makan di luar atau di dalam.. kalau di dalam, ada air cond.. dan kalau di luar, boleh bersila sambil makan ditepi kolam.. syiok oooo kolam ni, ada kura-kura.. haha.. oh ya! menu lunch kami pada hari ni sgt menarik.. burung goreng.. miam.. kemain encik husband makan xtoleh kiri kanan.. hehehe..

posing sebelum makanan sampai. Kami pilih makan diluar, nikmati makan bersila tepi kolam.

licin ratah burung wak2 dan ayam goreng

Lepas makan, automatik ngantuk.. eventho Dedek kata perjalanan dh xberapa jauh, sempat lah juga lelapkan mata.. hah! nampak tak berapa selesanya si Kijang.. Hohoho..

Parking kat hotel Danau Toba International Cottage, kami turun kaki jalan ke jeti utk ke pulau samosir.. tak jauh pun dari hotel kami ke jeti.. sebab hotel Danau Toba International ni betul2 di tepi tasik.. Pemandangannya super awesome bak hang! Pulau Samosir inilah tempat asal usul keturunan batak, indonesia..

Jadual perjalanan tuk-tuk (boat yang bawa ke pulau samosir melalui lake toba)

inilah tuk-tuk yang kami naik
tuk-tuk parking dan berlatar belakangkan bumbung org batak (hampir serupa dengan minangkabau)

Bercerita tentang lake toba dan pulau samosir, SubhanaAllah, sangat2 cantik.. udaranya nyaman, sejuk yang best, dan keadaan yang tiada hiruk pikuk bandar mmg sgt2 awesome.. Allahuakbar! Alhamdulillah kerana beri peluang tuk kami menikmati pemandangan yang sangat2 indah ni.. later kita share gambar.. But trust me, xpuas hanya melihat gambar.. u have to go and saksikan sendiri keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung ini..

selisih dengan another tuk-tuk.. cantikkan permandangannya

smile..
map danau toba

Perjalanan lebih kurang 45minit tuk sampai ke Pulau Samosir.. Sampai aje terus nampak barangan cenderamata, boleh la shopping. Selain tu, ada monumen rumah raja batak yang masih di kekalkan, tung tung (binaan kayu yang mengeluarkan bunyi tuk inform hal2 kejadian yang berlaku dalam masyarakat, aler.. macam loceng sekolah gitu), ada juga kubur tempat bersemadi raja batak (nak masuk ni kene pakai selendang yang disediakan tanda menghormati raja tu) menurut Dedek, org batak percaya yang kehidupan di tanah adalah neraka dan di langit adalah syurga.. So korang jgn terkejut kalau nampak kubur mereka semua dibina tinggi2, lagi tinggi kuburnya, lagi dekat dengan syurga - kepercayaan mereka)

berlatar belakangkan monumen rumah raja batak

hikayat tung tung

berlatar belakangkan tung tung

Balik dari pulau samosir, kitaorg check in hotel.. lepak, mandi dan solat.. kemudian keluar tuk dinner di Restoran Nikmat berdekatan dengan hotel.. Sedap.. Miam.. hehe.. lepas makan, Dedek bawa kitaorg jalan2 sekitar hotel dan berhenti di sebuah rumah tersegam indah.. Besar, sedikit seram.. hahaha.. Menurut Dedek, inilah rumah presiden pertama Indonesia, Soekarno.. Rumah ini tempat persembunyian beliau dari Belanda suatu ketika dahulu.. Tidak dijadikan muzium tapi masih kekal dijaga baik oleh kerajaan Indonesia..Kitaorg suspek, die xkasik masuk pasal xmo bocorkan rahsia jalan terowong.. hahahaha... (pepandai je kami)

restoran Nikmat

makanan sedap yang berderet-deret tuk org lapar.. hahaha

rumah presiden pertama Indonesia, Soekarno

Penat, pulang, packing tuk esok,solat dan tidur.. Indahnya!

TIPS:
  • Sampai airport, trus on hp - sebab airport kualanamu pny wifi unlimeted and sangat laju.. So, bolehlah wassap atau wassap call pacar, cewek, pak supir, mak nyupir, parents, sedaramara dan kawan2 tuk datang pickup.. hahaha..
  • Sim card tepon boleh beli kat tepi2 jalan.. Ada banyak kedai2 kecil jual sim kad tp bnyk gle choice, pada yg g holiday tapi risaukan kerja kt pejabat,sy cadangkan beli sim kad internet.. xperlu beli yang untuk call unless pakai hp yg bukan 3G la.. sbb sim kad ni lebih murah around 50,000 rupiah (lebih kurang RM15), amik yang tahan tuk 10 hari dan 6G (kad ni paling murah) 
  • Sim Card diaorg panggil KARTU SIM
  • kalau nak top-up sim card plak diaorg sebut PULSA 
  • Perjalanan kami tuk Day 1, baik makan - naik boat - ticket entry - dll sume dah cover dalam pakej, duit belanja hanya keluar masa kat kedai PATEN sahaja
  • Satu box jajan di PATEN berharaga 25,000 rupiah (lebih kurang RM8)
  • Satu box dodol berharga antara 13,000 rupiah hingga 15,000 rupiah (lebih kurang RM5) mengikut jenis dan rasa (durian, vanila, coklat & pandan)   
  • Di pulau Samosir, sila borong kain batik - Rupiah 40ribu (RM15), kain sarung, kain pelikat Rupiah 35ribu (RM11), fridge magnet 10 peket - Rupiah 30ribu (RM10) and segala cenderamat ok.. Murah! Kalau dah ke Berastagi & Medan, menyesal tak sudah sebab mahal gile..


Enjoy!BonVoyage,
MiaAurora
Unknown
Hola! Assalam

Baru-baru ni balik dari lake toba, medan.. terus excited nak menulis.. masih fresh org kata.. haha.. Seronok punya la amat.. bukan sebab dapat hadiah..tapi sebab dapat melihat panorama ciptaan Allah yg sangat agung bersama dengan yg tersayang.. Alhamdulillah.. 

Okey, here nak share itinerary kitaorg sepanjang berada disana..itinerary ni buat sendiri tapi berdasarkan dari pakej yg kak insyirah sediakan.. 

siapa kak Insyirah? hah! kakak ni lah yang bnyk bantu kitaorg tuk sampai ke tempat yg sgt cantek tu.. nak kata travel agent, boleh lah.. tapi, lebih kepada seorg kakak yg memahami lake toba, dan org yg share segala tips2 tuk kami smpi ke sana.. hehe..

okey contact kak Insyirah kalau nk merasa peluang melihat tasik di atas gunung berapi.. hehehe.. & pakej yg kak Insyirah sediakan juga super berbaloi.....pick up the phone call and dial +6017 536 7426

Day 1

Day 2
Day 3




okey, nanti share lagi perjalanan day 1 , day 2 & day 3 tuk all.. nak share juga tips2 tempat2 yang murah beli kain sarung (kain batik), kain pelikat, kain tenun, fridge magnet dan cenderamata yang lain.. sbb banyak beza tau dari satu tempat ke tempat yang lain.. 

nah nak belanja satu gambar ..
berlatar belakangkan rumah raja batak, samosir island


TIPS:
  • Kalau rajin survey and layan AirAsia, tiket return ke Medan boleh dapat sehingga RM110 seorang
  • Pakej yang kitaorg amik dari Kak Insyirah adalah yang termurah sy dapat after berhari2 survey budget
  • Money changer best price boleh dapat kat Mid Valley, floor bawah sekali bersebelahan Speedy atau di Ampang Park & Petaling Street
  • Date 30hb Oktober 2015, exchange rate yg kitaorg dapat 1juta Rupiah - RM320






Enjoy! BonVoyage,
MiaAurora
Unknown
Memandangkan jiran sebelah ku ada kenduri aqiqah today, selamatlah tak perlu masak lunch.. hahaha.. seronok gitew.. later petang, kawan baik ku Aiffa nak datang lepak rumah.. Teringat resepi yang di share oleh "Tip Hero", senang dan mudah.. bahan pun memang ada kat rumah.. Jom usha bahan and resepinya..

Bahan-Bahannya:
  1. Topping2 apa2 je yang ada dirumah, ikut kesukaan anda (dagingcincang, bawang, tomato, cendawan butang, sausage - semua dipotong dadu)
  2. Telur 5 biji
  3. 1/2 sudu serbuk penaik
  4. 1/2 sudu minyak masak (saya pakai olive oil)
  5. 1/4 cawan susu segar
  6. garam & lada secukup rasa
  7. Keju mozzarella
Ingredients
  1. Use any favorite omelet fillings
  2. 5 eggs
  3. 1/2 ts baking powder
  4. 1/2 ts oil
  5. 1/4 cup fresh milk
  6. salt & pepper
  7. mozzarella cheese

Cara-caranya:

Sapukan sedikit minyak atau planta pada tin muffin / spray oil or wipe a little bit planta 

Letakkan bahan2 yang telah dipotong dadu / use any of your filling favourite

taburkan sedikit keju mozarella / top with cheese


Kacau bahan-bahan no 2-6 sehingga sebati / whip up eggs with all ingredients no 2-6

Bahan yang telah dikacau, curahkan perlahan2 ke dalam muffin tin / top up the whip up eggs with the ingredients
Sedia untuk dibakar 190 darjah celcius untuk 20-25 minit / ready to bake at 190 c for 20-25min
Mari kita ngap! / ready to eat.. yummy

Enjoy! BonVoyage,
MiaAurora
Unknown
Last weekend follow family mertua sambut convocation adik ipar.. Jumaat malam after work kitaorg gerak ke sana.. follow hiway plus terus exit Ayer Keroh.. Tak jauh dari situ dekat dengan mall Mydin, Homestay area situ.. Nama taman tu.. 

Sampai aje homestay, lemau.. hahaha.. eventho perjalanan just take 2hours, tapi kitaorg gerak lambat.. Tunggu Pija balik umah jap, then ke umah parents aku.. Salam diaorg and jumpa Nenek.. Tiap kali nak jalan jauh, rasa tak lengkap kalau tak jumpa ibu ayah and salam depa.. Dah terbiasa, moga direstui selalu.. hehe.. 

Kebetulan minggu ni nenek ada umah parents aku.. Lepak sni plak slps dah berbulan-bulan kat umah mak long aku.. Biasalah, dah tua2 ni, ayah and ibu ku pun nak cari credit jaga org tua kesayangan mereka.. Bahkan indahnya bila org tua kita masih mendoakan kebahagiaan kita.. Moga-moga doa nenek buat kedua ibu dan ayahku dikabulkan.. Aamiin..

Eh, meleret dah! Okey, lepas salam jumpa ibu ayah and nenek, peluang tuk jumpa peluk and geget Fayyadh haruslah tak dilupakan.. hehehe.. nanti rindu~~~

So, selepas gedegang gedegung, by 11pm baru kitaorg gerak.. 1 beg je pun aku bawa tuk kitaorg laki bini.. setel kemas and gerak.. kebetulan masa berhenti isi minyak, jmp parents mertua ku.. so, we gerak together.. macam aku kata awal tadi, perjalanan pendek 2 jam tu tetap buat aku layu di tasik madu.. kul 1 pagi baru sampai.. hahaha.. sampai je terus kakak ipar aku tanya nk makan apa sbb nk order makan malam.. lol.. riang ria perut aku nyanyi makan nasi goreng.. 

Homestay yang kami stay ni not bad.. ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur di lengkapi brg2 masak.. dapur gas, heater, periuk nasim peti sejuk dan pinggan mangkuk lengkap.. senang kata, mudah lah nak memasak.. Air cond disediakan di ruang tamu dan di bilik utama.. 

2 bilik katil queen size and 1 bilik belakang katil bujang.. Memandangkan kakak ipar ku punya 2 anak & seorg bibik, dah tentu kakak ipar amik bilik kedua.. hehe.. luas skit dan mudah tuk anak2nya bersiap.. 

tuk kami yang masih mood honeymoon, katil single is just perfect for us.. hihi.. muat hokey eventho makcik tembam! hahaha.. 

Homestay kami ni corner lot, mmg luas ler laman umah tu, sonok anak2 yong (kakak ipar) aku bermain.. lepak.. So, kalo korang ada yang dtg tuk g konvo sedara mara atau adik bradik dekat UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) atau ada nak g wedding/majlis area kawasan Ayer Keroh atau Bukit Katil, boleh lah stay kat homestay ni.. 

check out below for homestay details.. 


Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora
Unknown
Memandangkan sekarang tengah musim konvo... Happy gile!!! i love convocation.. ia seperti majlis tanda penghargaan buat ayahanda dan bonda yang telah bersusah payah membesarkan anak2.. Eventho tidak terbalas jasa ibu ayah yang selama ini berkorban, tetapi... melihat kegembiraan mereka atas kejayaan anak2nya, sangat menghiburkan..

okey... back to the tips.. Bunga di hari konvo seakan2 sinonim nowadays.. tidak lengkap majlis konvo tanpa jambangan bunga.. bukan setakat tuk kekasih atau hari ibu atau time anniversary je.. jambangan bunga konvo dijual macam pasar malam ketika musim konvo.. ada yang beserta dengan coklat dan ada yang beserta dengan teddy bear yang pakai topi konvo.. cantek dan menarik semestinya.. dan paling menarik, hari konvo satu2nya hari dimana lelaki(pelajar graduan) akan dapat jambangan bunga..

Jambangan bunga yang cantik dan menarik (gambar ihsan google)

so, tuk kawan2 yang nak belikan jambangan bunga fresh tapi nak berjimat cermat, tipsnya belilah diluar kawasan kampus.. tiap kali majlis konvo, akan kelihatan berderet2 kedai bunga, beli dari situ okey.. Tapi, kalo mereka yang ada anak2, leceh nk jalan jauh atau bersama dengan ibu ayah yang dah agak tak larat, di sarankan beli bunga di bahagian dalam kampus.. Bezanya, bunga yang dijual dalam kampus sedikit mahal berbanding dengan mereka yang jual di luar kampus..

REASON PRICEY?
sebab both2 kedai yang dalam kampus tu bayar sewa.. mahal tau.. nanges.. yang dekat luar, xbayar sewa.. hahahaha..

best tau.. beli bunga satu jambak RM35 kalau dekat luar.. dalam kampus satu jambak, harganya RM60.. kalau bunga yang ada teddy bear plak, harga diluar sekitar RM40-50.. Tetapi kalau beli kat dalam sekitar RM60-RM90.. Bayangkan perbezaan tu.. huhuhu.. kalau rajin menyinggah, boleh lah berhenti sebelum masuk ke dalam kampus.. bila dalam kampus, shopping makanan je.. dan air.. haus.. panas kot! hahaha..

Okey jom layan gambar2 jambangan bunga.. Haritu masa adik konvo tak sempat amik gambar jambangan.. yang ada ni sumer ihsan dari google.. 

jambangan bunga with patung konvo (gambar ihsan google)

pooh pakai baju konvo, topi konvo dan pegang scroll.. menarikan? (gambar ihsan google)
Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora