Daisypath Anniversary tickers
Unknown


Hola! Assalam!
sambungan dari Cuti-Cuti Ke Medan..

Argghh!! Bangun pagi rasa creepy! hahaha.. sebabnya esok dh start kerja.. Terpikir je rasa ngeri.. kahkah.. So, since malam tadi dh siap packing all, maka beg kami pun terberanak.. kuikui.. Jujurnya, dalam begpack kitaorg yg size 22liter tu, ada lg satu backpack and handbag kat dalam masa time pergi.. Memang prepare sbb tahu kompem beg akan beranak.. hahaha.. So, after siap2, bekpes buffet dlu kat hotel restaurant, then we proceed to jalan-jalan Medan.. Can refer itinerary kat sni.. 


Rules untuk pengunjung yang datang ke Madan Hotel


Yeah! Ada wifi.. Hahaha..


Bilik kami.. Best giler after seharian yang memenatkan.






Sementara menuggu lif


Depan entrance hotel


Entrance ke Restaurant for Bekpes
 
Yeay, Breakfast buffet kami..

Sementara tunggu Pak Supir, sempat lagi kami bergambar.. Really! Hotel ni sangat nice.. cume itulah, kalo tak boleh tidur dalam keadaan yang tak gelap, mmg mohon cari hotel lain.. macam dalam entri sblm ni mention, lampu kecemasan dalam bilik memang tak boleh tutup.. siang ke malam tetap akan ON.. hahaha.. eventho call service room pun dia tak boleh buat apa.. Tapi, try la cabut kad bilik tu, kalo boleh tahan without air-cond and ventilation service.. kuikui..

So, kita g sight seeing ke Masjid Raja Maimoon plak atau dikenali sebagai Masjid Raya Medan.. Berdepan dengan hotel je pun.. Besar gile and cantik gile tau masjid ni.. And masjid ni bukan setakat hiasan para pengunjung, tapi masih aktif dipakai penduduk setempat.. Solat Jumaat and solat fardu berjemaah masih tetap diteruskan.. So, the moment korang nak enter the gates to Masjid, please BEWARE!!! if ada org kt depan tu minta duit entrance, sila bertekak dengan die eh.. hahah! bagitahu die, kaabah suci tu pun xde entrance fee yo! Sebenarnya, sebabkan terlampau excited, kami masuk ke masjid tu dlu tanpa pak supir kitaorg.. die tengah parking jadi kami tak tunggu.. di sebabkan kami tak tahu apa2, relax je kitaorg kene paw dgn org tempatan tuk entrance fee tu.. Sorang kene Rupiah 5,000.. huhu.. nak masuk masjid, buka kasut pun kene charge Rupiah 2,000 sorang.. Bila pak supir tahu, terkejut die kitaorg duk membayar.. padahal kne paw.. choi! hahaha.. so, hati2 yer.. Sebenarnya idak la marah sangat.. Tp, tak baiklah kan tipu kami gitu.. Lebih baik kami sedekah tuk masjid dari bagi dekat diaorg yang sihat walafiat boleh bekerja and cari rezeki sendiri tu! hah!



Masjid Istana Maimoon


Sejarah dan pembangunan Masjid Raja Maimoon
Lepas habis bergambar, kitaorg ke Istana Raja Maimoon.. Apa yang menarik tentag Istana ini, interior designnya adalah hasil dari gabungan warisan dan gaya Islam, Sepanyol, India dan Itali.. Mengikut cerita, Salasilah Kesultanan Deli, Raja terkini baru sahaja mangkat beberapa tahun lepas dan meninggalkan seorang putera kecil.. Disebabkan umur putera masih kecil dan belum cukup umur, maka beliau belum boleh diangkat untuk menjadi Raja.. Kasihan anak kecil itu.. Indonesia kini merupakan sebuah negara republik, maka pemerintahan di Indonesia tidak lagi kene mengena dengan institusi kesultanan mahupun raja.. But still, keturunan raja-raja ni masih mendapat royalti dan few-few keistimewaan yang ditetapkan.. So, semasa kat sni, boleh sewa pakaian tradisi sultan dan permaisurinya untuk bergambar.. Bayaran untuk sepasang baju hanya Rupiah 10,000 (RM3).. Kalau tak try,memang rugi habis.. kuikuikui.. Verangan naik pelamin lagi.. Weeee~ Selain dari murahnya sewa pakaian tradisi, kain tenun kat sini pun murah gile.. please beli hokey! 1 set hanya Rupiah 35,000 (RM11).. RECOMENDED SANGAT! ni kain tenun handmade tau..



Entrance ticket to Istana




Singahsana Raja


Mengikut cerita-cerita zaman dahulukala, pemerintahan raja dahulukala mempunyai seorang puteri yang cantik jelita diberi nama Puteri Hijau.. Disebabkan memiliki tubuh yang sentiasa terpancar warna hijau, maka puteri Hijau diberi nama sedemikian.. Menurut cerita, Raja Aceh tertarik dengan kejelitaan Puteri Hijau lalu meminang sang puteri.. Namun telah ditolak oleh Puteri Hijau sendiri.. Disebabkan rasa marah kerana pinangannya di tolak, Raja Aceh pun menyerang Kerajaan Deli Timur Raya.. Peperangan ini di ketuai sendiri oleh Raja Aceh dan Kesultanan Deli diketuai oleh 2 adik beradik lelaki sang Puteri yang bernama Mambang Yasid dan Mambang Khayali.. Mitosnya, Adik beradik lelaki sang puteri merupakan pendekar2 yang hebat dalam peperangan.. Semasa kejadian, suatu keajaiban kononya berlaku dimana Mambang Khayali berubah menjadi sebuah meriam dan menyerang kembali Aceh.. Namun, Kesultanan Deli kalah kepada Aceh dan Puteri Hijau dibawa sekali.. Dalam saat pelayaran, dikatakan ada seekor naga yang menghancurkan bahtera Raja Aceh sekaligus mengambil sang puteri.. Lagenda Puteri Hijau ini seolah-olah menjadi satu sejarah dan buah mulut penduduk setempat dan meriam yang dikatakan jelmaan kepada Mambang Khayali ini masih ada di sudut sebelah kanan Istana Maimun dan diberi nama sebagai Meriam Puntung.

 
Ihsan google - Istana Raja Maimoon



Ihsan google - Tempat terletaknya Meriam Puntung


ihsan google - cerita dan sejarah yang diframekan


Ihsan google -Meriam Puntung

Masa kat Istana ni, 2-3 orang kejar suh beli fridge magnet and barang2 souvenir, tapi after bargain pun rasanya di Pulau Samosir jauh lebih murah.. So, borong di Pulau Samosir hokey.. hehehe..


Last port kitaorang adalah ke Toko Batik, tapi kitaorg sekejap jer sebab dah borong masa kat Pulau Samosir.. Then, kitaorg menyusul ke Toko Kek Lapis.. Tempat yang supir bawa ni, sepanjang jalan adalah kedai-kedai yang menjual barang makanan tempatan dan biasanya yang pengunjung akan bawa balik adalah kek lapis mereka yang pemes tu.. Hehehe..


Lepas shopping and habiskan duit rupiah, kami menuju ke airport and singgah makan kedai ayam penyet.. Pergh.. Sedap and murah hokey! Menurut supir, rumah makan ni antara yang paling sedap masa otw ke airport.. Weeee~






Menu yang ditawarkan dan harga yang murah


Eventho ni rumah makan ayam penyet, tapi yang ku cari ikan jua.. hihi
 
Rumah Makan Cindelaras





So, lps makan je straight to airport and its time to say goodbye.. Back to reality.. huhuhuhu.. Esok kerja oiii~ hahaha









TIPS:

  • Tolongla shopping kain tenun di Istana Maimoon.. Hahaha.. tapi kain tenun je tau.. Barang yang lain, pricenya sama je.. hehehe..
  • Masa sewa pakaian tradisi tu, minta lah photographer mereka tangkapkan and cuci gambar tu! gambar size 8R hanya Rupiah 10,000 (RM3) rugi kalau tak print!
  • Alang-alang ada photographer profesional, minta tolong skali die tangkap guna kamera kita.. ada simpanan soft copy nanti.. ehehe
   

Enjoy!BonVoyage,

MiaAurora  
1 Response
  1. makasih Mia, Keren bangett Mia perkongsiannya,.sangat berguna buat yang nak ke sana...


Post a Comment