Daisypath Anniversary tickers
Unknown
Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”
Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.
0 Responses

Post a Comment