Daisypath Anniversary tickers
Unknown
SUSHI

Bahan-bahannya
3 1/3 cawan beras untuk membuat sushi, ada dijual dipasaraya (berasnya pendek dan putih)
4 cawan air
5 sudu besar + 1 sudu besar cuka beras atau cuka biasa pun boleh
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket rumpai laut nori
soya sauce dan wasabi secukupnya
tikar untuk menggulung sushi-maki
dulang plastic besar
senduk nasi plastik

* jangan menggunakan peralatan logam seperti senduk, atau periuk kerana ini akan menjejas rasa nasi sushi itu bila digaul dengan cuka


Inti untuk Sushi
1 batang timun, dikupas kulitnya, dibuat hatinya dan dipotong panjang (strips)
dan rendam dalam air bersama secubit garam, angkat dan toskan bila tiba masa untuk menggunakan
2 sudu besar halia jeruk merah (ada jual di pasaraya dalam botol yang telah dijerukkan)
1 paket kecil jeruk lobak putih (ada jual di pasaraya juga)
2 biji telur dipukul dengan sedikit gula dan didadar, kemudian potong panjang (strips)
crab filaments (alah isi ketam yang ciplak tu)
avocado
mayonnaise
tuna


Cara-caranya
Gunakan periuk nasi, cuci bersih beras dan kemudian isikan bersama sukatan air. Dan masak macam masak nasi biasa. Sambil nasi sushi masak, campurkan gula, garam dan cuka dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan periuk itu kedalam mangkuk yang berisi air batu dan air sejuk, supaya ia campuran cuka cepat sejuk. Cara ini kawan Diana ajar tapi lupa nak tanya kenapa dibuat begitu katanya supaya rasa sushi sedap. Jadi selalu dah buat macam ni.

Bila nasi sushi dah masak, angkat dan kemudian spread (melayu cakap apa ek ahalai lupa) atas dulang plastik menggunakan senduk plastik ataupun kayu, jangan guna senduk logam nanti rasa dia tak sedap (chemical reaction dari cuka). Cara yang paling sedap jika anda ada kukusan buluh dirumah haaa gunakan kukusan buluh tersebut spread nasi yang telah masak tu diatas buluh. Kemudian renjiskan air cuka sedikit dan kemudian digaul dan kemudian spread lagi. Air cuka jangan dituang semua agak-agak sebab kalau letak semua takut nasi nanti lembik tak sedap so kena agak-agak ya. Pada masa yang sama kipas kena pasang kat sebelah nasi tu jadi dia cepat sejuk. Untuk mengelakkan nasi sushi kering letakkan didalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Nasi sushi mesti digunakan dan dimakan pada hari itu juga. Tak boleh simpan ya.

Timun yang telah ditoskan digaul dengan sedikit garam dan kemudian diketepikan. Letak tikar penggulung sushi diatas meja. Panggang kepingan rumpai laut, bahagian berkilat diatas api untuk beberapa saat, macam kita layukan daun pisang. Letakkan kepingan rumpai laut diatas tikar penggulung dan letakkan 2-3 sudu besar nasi. Ditengah nasi boleh kita isikan inti ikut citarasa, jeruk lobak putih, telur dadar dll. Angkat hujung tikar dan gulung sehingga habis. Gulungan sushi harus cantik dan ketat dan inti berada ditengah. Menggunakan pisau potong sushi lebar 1 1/2 inci dan atur atas pinggang. Hidangkan bersama soya sauce dan wasabi.

Untuk membuat California Sushi Roll, gunakan avocado, crab filament, timun dan mayonnaise sebagai inti. Dan roll sushi ini macam cone ice cream. Inti sushi boleh diubah suai mengikut citarasa anda dan keluarga. Selamat mencuba.

Nasi sushi juga boleh digunakan untuk membuat Nigiri Sushi. Dimana kita kepal bulat dan lonjongkan sikit dengan tangan kemudian letak sedikit pes wasabi dan kita letak isi ikan tuna yang dihiris setebal 1 sm dan sebagainya.
0 Responses

Post a Comment