Daisypath Anniversary tickers
Unknown
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Ya Allah, Ya Rabb, Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Shukran jazillan Ya Allah..

Sungguh bersyukur! xterucap selain rasa syukur ke hadrat illahi.. Hari ini, dari hari-hari yang lepas.. terasa kembali nikmat sihat, hanya Allah yg Maha Mengetahui.. Aku bangun, menghirup udara segar di keheningan subuh, mengucup sujud pdMu ya Allah, betapa aku bersyukur kerana diberi sekali lagi nikmat sihat didunia Mu.. Sihat untuk mengerjakan amalan2 pdMu..

7 hari lepas, ujian tanpa sempadan yg kau turunkan telah banyak mengajar ku erti kesabaran.. erti kemenangan ke jalan Mu ya Allah..

Syukur padaMu ya Allah, dalam kesakitan yg ku lalui, aku bahagia dengan hadiah yg Kau berikan padaku, Suamiku, ibu dan ayahku, adik beradiku dan keluarga mertuaku serta sahabat handai yg tak putus2 mendoakan kesihatan ku..

MENARIKNYA SAKIT
  • di hapuskan dosa-dosa kecil.. Alhamdulillah
  • dijaga dan disayangi org sekeliling lebih dari biasa
  • dibekalkan loceng oleh incik suami tuk ring ding dong.. hehehe ^^
  • mendapat cuti rehat yang boleh melepet dirumah seharian
  • masakan disediakan oleh ibu tercinta by own menu
  • tidak perlu reply email, msg and call yang tak patut (urusan kerja)

hahaha.. banyak sebenarnya kelebihan semasa kita sakit ni.. tpi, banyak juga kekurangannya.. tapi, percayalah.. setiap apa yang berlaku kepada diri kita, keluarga ataupun rakan taulan.. pastinya ada hikmah.. pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita betulkan atau pelajari kerana DIA sayang pada kita, insyaAllah..
0 Responses

Post a Comment