Daisypath Anniversary tickers
Unknown
Memandangkan sekarang tengah musim konvo... Happy gile!!! i love convocation.. ia seperti majlis tanda penghargaan buat ayahanda dan bonda yang telah bersusah payah membesarkan anak2.. Eventho tidak terbalas jasa ibu ayah yang selama ini berkorban, tetapi... melihat kegembiraan mereka atas kejayaan anak2nya, sangat menghiburkan..

okey... back to the tips.. Bunga di hari konvo seakan2 sinonim nowadays.. tidak lengkap majlis konvo tanpa jambangan bunga.. bukan setakat tuk kekasih atau hari ibu atau time anniversary je.. jambangan bunga konvo dijual macam pasar malam ketika musim konvo.. ada yang beserta dengan coklat dan ada yang beserta dengan teddy bear yang pakai topi konvo.. cantek dan menarik semestinya.. dan paling menarik, hari konvo satu2nya hari dimana lelaki(pelajar graduan) akan dapat jambangan bunga..

Jambangan bunga yang cantik dan menarik (gambar ihsan google)

so, tuk kawan2 yang nak belikan jambangan bunga fresh tapi nak berjimat cermat, tipsnya belilah diluar kawasan kampus.. tiap kali majlis konvo, akan kelihatan berderet2 kedai bunga, beli dari situ okey.. Tapi, kalo mereka yang ada anak2, leceh nk jalan jauh atau bersama dengan ibu ayah yang dah agak tak larat, di sarankan beli bunga di bahagian dalam kampus.. Bezanya, bunga yang dijual dalam kampus sedikit mahal berbanding dengan mereka yang jual di luar kampus..

REASON PRICEY?
sebab both2 kedai yang dalam kampus tu bayar sewa.. mahal tau.. nanges.. yang dekat luar, xbayar sewa.. hahahaha..

best tau.. beli bunga satu jambak RM35 kalau dekat luar.. dalam kampus satu jambak, harganya RM60.. kalau bunga yang ada teddy bear plak, harga diluar sekitar RM40-50.. Tetapi kalau beli kat dalam sekitar RM60-RM90.. Bayangkan perbezaan tu.. huhuhu.. kalau rajin menyinggah, boleh lah berhenti sebelum masuk ke dalam kampus.. bila dalam kampus, shopping makanan je.. dan air.. haus.. panas kot! hahaha..

Okey jom layan gambar2 jambangan bunga.. Haritu masa adik konvo tak sempat amik gambar jambangan.. yang ada ni sumer ihsan dari google.. 

jambangan bunga with patung konvo (gambar ihsan google)

pooh pakai baju konvo, topi konvo dan pegang scroll.. menarikan? (gambar ihsan google)
Enjoy, Bon Voyage,
MiaAurora
0 Responses

Post a Comment